Pusat Pembelajaran Reiki Termudah dan Termurah Di Malaysia

 

MENU

 

Web Statistic
free web counter

 

 

https://www.facebook.com/groups/reikimalaysia/

 

 

 

PROFIL KAMI

 

DIMENSI ALPHA RESOURCES menjalankan perlatihan kursus bina insan dan daya sejati diri melalui kursus berkenaan tenaga dan kuasa minda (Mind Power). Mencungkil bakat terpendam dalam diri setiap manusia yang masih belum diterokai dan difahami secara ilmiah, bukannya mistik. Tidak melibatkan unsur-unsur negatif, kuasa jin, syaitan, ilmu hitam, khadam dan lain-lain yang bertentangan dengan akidah.

 

Pembelajaran ini tidak bersangkut-paut dengan pelajaran keugamaan, boleh dipelajari oleh setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan ugama. Pelajar-pelajarnya terdiri daripada pelbagai latarbelakang kerjaya dari seluruh semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei, Singapore, Indonesia, Australia, Arab Saudi, Kuwait dan lain-lain.

 

Pembimbing anda:

 

 

Master Mohd Hisham Yahya

Certified Reiki Practitioner 

  • Master / Teacher Kundalini Reiki (Reiki Asia)

  • Master / Teacher Usui Reiki  (Reiki Asia)

  • Grandmaster Of Subtle Energy  (Prana Shakti)

  • Grandmaster Tenaga Dalam Ilahi

  • Dimensi Alpha Mind Programming Method

  • Mesmerism & Magnetism

  • Aura Therapy

  • Prana Therapy

  • Biosinergi

  • dll

 

Attunement dan pengijazahan ilmu akan dibimbing langsung oleh Master Mohd Hisham Yahya secara hadir diri atau jarak jauh.

 

Dalam banyak-banyak tradisi ilmu yang pernah dipelajarinya, beliau amat berminat untuk menyebarkan KUNDALINI REIKI dan TENAGA DALAM ILAHI kerana beliau berpendapat kedua-dua Ilmu ini merupakan Teknik Energi yang mudah dipelajari. Sebagai contoh, KUNDALINI REIKI merupakan teknik REIKI yang sungguh mudah tanpa penggunaan simbol, hanya berniat sahaja. Manakala TENAGA DALAM ILAHI (TENDAI) pula satu teknik tenaga dalam yang mudah tanpa Jurus atau meditasi yang berjam-jam lamanya, tanpa perlu bayangan dan mampu mencungkil bakat terpendam dalam diri seseorang.

 

SILA AMBIL PERHATIAN: Kami BUKAN suatu perguruan, persilatan, ajaran, atau apa-apa kumpulan. Para pelajar dan pihak  Dimensi Alpha Resources serta tenaga pengajarnya TIDAK TERIKAT diantara satu sama lain.

 

Dimensi Alpha Resources TIDAK melantik mana-mana individu atau syarikat lain untuk menganjurkan kursus atau mengutip bayaran bagi pihak syarikat kami dan syarikat kami juga tidak mempunyai sebarang cawangan atau menjalankan kerjasama dengan mana-mana pihak.

 

Penyataan ini dikeluarkan berikutan kami mendapati banyak website lain yang "copy & paste" (mengambil info) dari website kami sewenang-wenangnya malahan copy sebulat sama dari website kami.  Ini telah menimbulkan kekeliruan dan keraguan dimana ada pembaca yang beranggapan bahawa individu /syarikat lain tersebut adalah sama atau mempunyai pertalian dengan syarikat kami. Sebarang aduan atau untuk pengesahan sila hubungi kami. Terima kasih

 

Sekiranya terdapat pihak yang mendakwa sebagai wakil Dimensi Alpha Resources, sila Hubungi pihak kami untuk mendapat pengesahan.

Sekian.

 

Terima Kasih,

 

DIMENSI ALPHA RESOURCES


 
 

 

2006 Copyright Dimensi Alpha Resources