Menu Utama

 


Artikel & Info

 



Testimoni

 

"Semasa attunement, tangan terasa ada aliran elektron dihujung-hujung jari. Dalam badan terasa seperti semut berjalan. Rasa panas dikedua tapak tangan dan telinga dan akhir sekali terasa sperti cucukan jarum beberapa bahagian tangan dan kaki. " - En. reddie @ Mohd fauzi Bin Mutih

 

"Semasa attunement saya tidak merasa apa-apa. Tetapi selepas 10 - 15 minit , tangan saya merasa panas dan semut-semut. Selepas 4-5hari, tangan saya sentiasa terasa panas dan semut-semut. Semoga memberi manfaat kepada saya dan orang ramai. terima Kasih Master Hisham"  - En. Noordin Bin Osman

 

" Kini saya dapat merasa lebih sihat dan tenang dari sebelumnya. Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan kepada Master Mohd Hisham "  -           Cik. Niensie, Sarawak

 

"Alhamdulillah, badan segar dah sikit sekarang ni. Insyaallah saya akan berusaha praktikkannya untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain" - En. Kassim Bin Hj. Shafie

 

"Saya telah mendapat attunement jarak jauh. Ketika itu saya terasa denyutan-denyutan halus ditangan dan terasa sesuatu bergerak diseluruh badan. Kini setelah menjalani beberapa latihan, saya telah mampu merawat sakit-sakit dibahagian badan yang biasa saya alami. Terima kasih Master Hisham"  -  En.Mohd Nasir Bin Shahar

 

" Alhamdulillah, dengan Reiki yang saya pelajari dari Master Hisham, sakit mata (tahi mata) anak saya yang ada sejak lahir (sekarang anak saya berusia 6 bulan) telah sembuh sepenuhnya. Dan sekarang baru isteri saya percaya tentang Reiki"  -  En. Noor Azidin Bin Bakri

 

"Saya telah menguji dan mempraktikkan cara " Teknik mengaktifkan dan Merasa Energi ditelapak Tangan" , saya amat gembira kerana aliran Reiki berlaku diantara kedua telapak tangan saya. Terima kasih Master Mohd Hisham yahya"  -    En.Abdul Karim Bin Ismail

 


Sponsors

Senarai Ahli Terbaru

Sebahagian daripada 500 Master Kundalini Reiki yang dilahirkan oleh Dimensi Alpha yang terkini

Zulkifli Bin Hassan, Selangor

Jumain Bin Masli, Sabah

Mohd Jufri Bin Johari, Johor

Muhammad Hanif Bin Daud, Selangor

Mohd Zarihan Bin Mat Zin, Pahang

Muhammad Hanafi Bin Karmin, Kuala Lumpur

Abdullah Bin Ali, Johor

Mohd Nasri Bin Saharee, Pulau Pinang

Hazael Edmund, Sabah

Latifah Binti Ibrahim, Kuala Lumpur

Ahmad Fauzi Bin Omar, Kedah

Suhaizee Bin Sarudin, Selangor

< Mohd Zaid Bin Mansor, Selangor

Asman bin Aminullah, Pahang

Mohd Nasri Bin Saharee, Pulau Pinang

Abang Naim Bin Abang Pauzi, Sarawak

Mohd Rosnan Bin Mohd Hosni, Perak

Mohd Asri Bin Mat Nayan, Perak

Mohd Yani Mohd Yusuf, Kelantan

Norul Azreen Binti Sazali, Pahang

Sofri Azral, Selangor

Abdul Samad Bin Haji Ja'afar, Brunei

Mohd Yani Mohd Yusuf, Kelantan

Wirawan Bin Zainal, N.Sembilan

Hasmal Bin Othman, Melaka

Zulkefli Johari, Kedah

Freddie @ Mohd Fauzi Bin Mutih, Sabah

Mohd Israfiz Bin Aris, Melaka

Nor Azhar Bin Hamzah, Kuala Lumpur

Noorjahan Banu Bt Mohamed Alitheen, Selangor

Mohamed Zakriah Bin Mohd Mustapha, Selangor

Abd Rahim Bin Haron, Johor

Siali Bin Yunos, Johor Bahru

Muhammad Fauzari Bin Jaidin, Kuala Lumpur

Mohd Zaid Bin Mansor, Selangor

Suhaizee Bin Sarudin, Selangor

Md. Amerudin Bin Abdullah, Selangor

Hasnah Bt Taulani, Sabah

Abdullah Abdulhalim O Falemban, Arab Saudi

Bahrin Bin Suhaili, Selangor

Azmi Bin Ibrahim, Johor

Hj. Roslan Bin Ahmad, Selangor

Mohd Shabli Bin Kamarudin, Perlis

Hamzah Bin Hj. Awang Ramli, Brunei

Leftenan Mohd Riduan Bin Mohd Basheer, Kuala Lumpur

Airy AK Andrew Atoi, Sabah

Mohd Rial Bin Muhamat Amin, Selangor

Mohd Rashid Razali, Kuala Lumpur

Dr. Ahmad Hapizi Bin Abdullah, Pahang

Ishak Bin Hamid, Selangor

Azhar Bin Mohamed, Singapore

Sharifah Bt Idros. Singapore

Mohammad Abdullah Bin Abdul Rahim, Singapore

Mohd Hezlen Bin Said, Perak

Mustaffa Kamal Bin Mohd Ali, Sabah

Megat Azmi Chan Bin Abdullah, Selangor

Saharuddin Bin Mujen, Sabah

Noraini Bt Hassan, Selangor

Dharmendra Kumar A/L Raghawan, Pulau Pinang

Syarif Muhammad Maliki, Indonesia

Nurhakimin Bin Ahmad Tajuddin, Kelantan


Sponsors

INFO


 

Sebarang Pertanyaan,

Sila hubungi/sms ke

016-2779223



 

 


 

KEISTIMEWAAN DAN KEBAIKAN REIKI

 

 

1.    Mengalir secara automatik


Sifat ini adalah salah satu yang menarik dalam pengamatan terhadap fenomena Reiki. Bila tangan seorang pengamal diletakkan pada atau berdekatan dengan orang hidup, reiki akan "mengalir/hidup" secara automatik. Pengamal tidak perlu memiliki niat yang nyata, kerana ketika ia tidur dan tangannya sedang diletakkan pada luka seseorang, Reiki tetap mengalir walaupun pengamal tersebut tertidur.

 

Jelaslah, bahawa dari pengamatan ini, kita boleh melihat bahawa aliran Reiki bangkit terlepas dari si pengamal samada niat atau tidak dan terlepas dari keyakinannya. Kita tidak perlu belajar untuk memberikan Reiki. Apabila kita sudah diselaraskan energinya (di-attune), kita hanya perlu meletakkan tangan kita pada atau berdekatan dengan tubuh pesakit.

 

Pengamatan lain adalah sedikit berbeza. Pengamal mahupun pesakit mengamati bahawa Reiki akan mengalir lebih kuat bila pengamal secara sengaja meletakkan tangannya dengan niat kasih sepenuhnya. Hal ini bererti bahawa bila kita secara sedar berniat untuk membantu pesakit dan tangan kita letakkan dengan niat pula, penyembuhan akan lebih efektif.

 

2.       Mengalir sesuai dengan keperluan

Kekuatan aliran Reiki berbeza sesuai dengan tahap ketidakseimbangan diri pesakit. Contohnya, pada pesakit sangat sakit ataupun secara emosi sangat terganggu, Reki akan mengalir dengan lebih kuat. Jadi, kekuatan aliran Reiki akan sebanding dengan tingkat ketidakseimbangan dari sistem pemulihannya. Tindak balas dari energi merupakan penyeimbang semulajadi, ianya akan setaraf dengan tingkat ketidakseimbangan. Aliran energi yang terjadi tidak terikat niat dari pengamal. Energi reiki bertindak sesuai dengan caranya yang tersendiri.

 

Beberapa orang pengamal Reiki mengamati bahawa Reiki yang mengalir terasa berhenti setelah beberapa ketika semasa berada pada posisi tubuh pesakit. Setelah tangan dipindahkan, energi terasa mengalir kembali. Pada dasarnya adalah "menyembuhkan" di suatu tempat, kita perlu berpindah ke tempat yang lain. Tetapi konsep ini tidak sesuai dengan tanggapan bahawa Reiki mengalir ketempat yang dituju pada tubuh pesakit. Fenomena yang pernah berlaku menunjukkan bahawa para pengamal Reiki yang dilatih betul tidak mengalami "penghentian aliran energi". Aliran dari tangannya tetap dirasakan. Ini menunjukkan pengharapan atau niat sedar dari pengamal Reikilah yang menyebabkan para pengamal Reiki merasakan bahawa aliran reiki terhenti. Melalui percubaan-percubaan perubatan yang lepas menunjukkan pada masa pengamal Reiki merasakan aliran Reiki "terhenti", pesakit yang dipegang masih merasakan aliran energi dengan kuat.

 

 3.      Reiki sama kuat pada kedua belah tangan

Aliran dan kesan Reiki sama pada kedua belah tangan. Tidak perlu dikhuatirkan tangan mana yang "memberi" atau "menerima". Apabila kita mengubati seseorang selama satu jam dengan satu tangan, ia akan memperolehi setengah bila kita menggunakan kedua belah tangan kita. Kualitinya tidak berubah. Kita juga boleh mengubati seseorang dengan satu tangan dan orang lain dengan tangan yang satu lagi.

Perlu mengetahui tentang aturan yang berkaitan dengan tangan. Misalnya: kedua tangan harus tetap terletak pada tubuh pesakit. Kedua : tangan tak boleh bersilangan; perletakan harus pada sisi tubuh tertentu. www.reiki-malaysia.com. Dan seterusnya. Tidak ada yang salah dengan ilmu-ilmu seperti itu. Tetapi bila kita menggunakan Reiki secara sendiri, aturan-aturan tersebut menjadi tidak perlu. Bila kita menggabungkan Reiki dengan ilmu lain, mungkin kita perlu memperhatikan aturan-aturan dari ilmu tersebut. Hal ini tidak akan mempengaruhi keberkesanan Reiki, ianya akan tetap mengalir dan bekerja. 

 

 

4.      Reiki tidak akan kehabisan

Salah satu pengamatan yang menakjubkan dari Reiki adalah bahawa Reiki tidak semakin berkurangan dengan penggunaannya. Para pengamal mendapati bahawa mereka tetap dapat mengubati pesakit yang sakit sepanjang hari dan Reiki akan tetap mengalir sekuat ketika mereka memulai penyembuhan pada pagi harinya. Justeru itu si pengamal seolah-olah mendapatkan "nilai tambah" dari Reiki, bererti mereka akan mengakhiri harinya dengan merasa lebih kuat daripada saat mereka bangun pagi harinya.

 

Hal inilah yang membezakan Reiki dengan ilmu penyembuhan yang lain. Banyak ilmu yang memanfaatkan energi fizik (Chi) dari tubuh sebagai sumber energi untuk digunakan kepada pesakit. Ini mengakibatkan pengurangan energi fizik dari pengamal. Keberkesanan keseluruhan hasil dari penyembuhan akan bergantung pada kekuatan dari pengamal. Jumlah pesakit yang dapat diubati setiap hari adalah bergantung pada kemampuan pengamal untuk "mengisi ulang" energi fiziknya.

 

Ada kecenderungan untuk menggabungkan berbagai ilmu penyembuhan sejenis dalam suatu kelompok sistem "energi" Akupunktur, tai chi, terapi polaritas, shiatsu, penyembuhan magnetic dan penyembuhan "spiritual" lainnya mungkin boleh dikelompokkan dalam kategori ini kerana mereka mengikuti aturan baku, dari aliran energi fizik (chi, ki, prana dan sebagainya) dalam tubuh.

5. Aliran Reiki tidak terpengaruh dengan tingkat kesihatan pengamal.

Seseorang yang sakit biasanya memiliki energi fizik yang sangat lemah sehingga akan kurang efektif bila mengubati orang lain menggunakan energinya sendiri. Pengamatan dari perubatan menunjukkan bahawa seseorang yang sangat sakit dan lemah pun, masih boleh mengalirkan Reiki. Ternyata ia boleh memberikan penyembuhan sekuat seorang pengamal lain yang sihat walafiat. Dari pengamatan ini kita boleh simpulkan bahawa energi Reiki tidak datang dari energi fizik tubuh kita.


6. Reiki boleh diterapkan pada haiwan dan tanaman.

Haiwan cenderung untuk memberi reaksi yang lebih cepat terhadap Reiki daripada manusia. Haiwan memiliki sistem energi yang lebih dinamik dan kekuatan penyembuhan dirinya lebih tinggi. Haiwan juga cenderung memiliki tingkat stress yang lebih rendah, tidak memiliki hambatan emosional mahupun kecenderungan sabotaj diri. Semakin haiwan lebih lama dipelihara manusia, semakin lama proses penyembuhannya. Haiwan peliharaan cenderung "Mengambil" perasaan stress dan emosional dari pemiliknya. Seringkali mereka merupakan refleksi dari pemiliknya. Bila kita melihat seekor anjing yang tegang dan gelisah. Kita boleh memperkirakan bahawa untuk mengubati secara semua, kita mungkin lebih baik mengubati pemiliknya dengan Reikinya.

 

Tanaman juga bereaksi terhadap Reiki kerana ia merupakan medan energi yang hidup dan mungkin tidak seimbang, sehingga akan bereaksi terhadap sifat penyeimbang dari Reiki. Kerana pengaruh dan akibat positif dari Reiki terhadap haiwan dan tanaman, kita boleh simpulkan bahawa pengaruh dari Reiki tidak bersifat psikosomatis.

 

7.   Kita boleh menyembuhkan diri sendiri dengan Reiki.

Banyak "penyembuh berbakat" yang boleh menolong orang lain, tetapi tidak boleh menolong diri sendiri kerana ilmunya tidak boleh bekerja secara efektif bila mereka mencuba menyembuhkan diri sendiri. Kerana Reiki bekerja terlepas dari tubuh pengamal, pengamal boleh meletakkan tangannya pada tubuh mereka sendiri dan menikmati seluruh aliran dan manfaat dari Reiki. Hal ini sangat penting bila ditinjau dengan kaca mata penyembuhan preventif. Salah satu kenikmatan dari kehidupan seorang pengamal adalah waktu dan kemampuan yang digunakan untuk mengubati diri sendiri.

8.  Siapapun boleh diselaraskan energinya (di "attune") dengan Reiki.

Bila "attunement" dilakukan dengan benar, siapa pun boleh memperolehi pengaktifan Reiki melalui tangannya. Bahkan "attunement" boleh dilakukan pada mereka yang sedang dalam koma. Kanak-kanak  dan haiwan. Asalkan seluruh "attunement" diterima, siapa pun akan memiliki Reiki seumur hidupnya.

9.  Reiki bukan suatu kepercayaan, agama ataupun aliran.

Reiki dipraktikkan oleh banyak orang dari berbagai latar belakang. Orang Muslim, Kristian, Yahudi, ateis dan lain-lain boleh memperolehi manfaat daripada Reiki. www.reiki-malaysia.com. Kerana ia tidak terikat pada satu agama atau pun kefahaman tertentu. Apabila kita telah memperolehinya kita akan memilikinya seumur hidup dan boleh digunakan mengikut keinginan kita. Kita tidak perlu terikat kepada satu kumpulan atau pun kelompok . Kita boleh memilih menganggotai sesuatu kumpulan apabila kita inginkan memperolehi maklumat dan berjumpa dan bertemu dengan pengamal Reiki yang lain.

 

Tidak ada guru dalam Reiki, walaupun ada orang yang menganggap dirinya sebagai guru. Para Reiki Master adalah manusia biasa yang telah dilatih untuk menyelaraskan energi orang lain. Mereka memiliki kelebihan, kelemahan dan krakter sebagai manusia biasa seperti yang lain. Biasanya Reiki Master menganggap dirinya sebagai "Master dalam mempelajari" .

 

10. Tidak ada kesan sampingan yang berbahaya daripada Reiki.

Dalam masa dua dekad ini, semenjak para Reiki Master secara aktif menyelaraskan energi kepada orang lain di Barat, belum ada laporan mengenai kesan sampingan yang negatif daripada Reiki. Ramai orang yang beranggapan ianya membawa kesan yang negatif . Ini kerana ianya tidak memiliki kefahaman terhadap proses penyembuhan dari sudut psikologi dan ia boleh disalah ertikan apa yang mereka alami. Apabila tubuh melalui proses penyembuhan, kadang kala dirasakan kesan yang tidak baik dalam jangka masa pendek.

 

Contohnya : seseorang yang mengeluh sendinya terkena penyakit arthritis mungkin akan merasai peningkatan rasa sakit selama beberapa kali ketika proses penyembuhan Reiki pertama kali dilakukan. Aliran Reiki akan meningkatkan aliran darahnya ke sendi yang tidak pernah dialiri darah dengan baik selama bertahun-tahun. Peningkatan aliran yang mendadak ini tentunya akan terasa sakit pada awalnya, tetapi akhirnya akan memberi kesan yang luar biasa!.

 

Mereka yang memiliki stress serta emosi yang tidak stabil akan merasakan seperti tidak tentu arah ketika proses aliran Reiki di saat awal proses penyembuhan mereka. Penyakit kanser juga sering mengalami peningkatan rasa sakit disekitar tumor pada awal penyembuhannya.

11.  Reiki bersifat saling melengkapi terhadap ilmu lain.

Tidak ada kontra-indikasi dalam penggunaan Reiki dapat digunakan sendiri atau pun digabungkan dengan terapi jenis lain. Adakalanya masalah kesihatan yang kita alami begitu serius sehingga kita perlu memanfaatkan semua yang ada disekitar kita. Contohnya: Reiki sangat luar biasa bila menyembuhkan luka, bahkan yang besar sekali pun. Tetapi, apabila penyakit tersebut sangat kronik dan memerlukan pembedahan, maka kita tetap perlu menemui doktor bedah tersebut. Pada masa ini kita boleh memberikan Reiki pada tubuh kita sebanyak mungkin kerana ia dapat mempercepatkan proses penyembuhan dan mengurangi rasa sakit dan bekas luka.

Penyakit serius seperti kanser tetap perlu diubati dan diuruskan oleh kumpulan perubatan dalam setiap segi Reiki tetap akan meningkatkan aliran menyeluruh dari tubuh dan kemampuan tubuh untuk sembuh kembali. Reiki juga akan mengurangi kesan sampingan dari penyembuhan perubatan seperti kemoterapi dan terapi radiasi, serta memaksimakan potensi penyembuhannya. Sementara sesi penyembuhan Reiki akan difokuskan pada punca penyebab penyakit tersebut.
 

12.  Reiki menyembuhkan pada punca sebenar penyakit (akar penyebab penyakit)

Salah satu pengamatan Reiki mempunyai kesimpulan yang penting. Pesakit dan pengamal Reiki mendapati apabila tangan pengamal Reiki diletakkan pada posisi tertentu, contohnya di kepala pesakit, pesakit akan merasakan aliran Reiki pada bahagian tubuh yang berbeza. Bahagian yang dirasakan paling kuat inilah yang mempunyai ketidak seimbangan tersebut. Contohnya pesakit yang mempunyai ginjal yang sakit, akan merasakan aliran Reiki paling kuat disekitar ginjalnya, walaupun tangan pengamal Reiki berada dibahagian anggota tubuh yang lain.

Reiki adalah energi penyeimbang secara semulajadi iaitu aliran Reiki tersebut akan menuju ketempat yang paling tidak seimbang . www.reiki-malaysia.com.  Sudah tentu ianya masih mempunyai kesan sampingan kerana Reiki dialirkan melalui bahagian tubuh melalui tangan si pengamal Reiki tersebut dimana tangan tersebut diletakkan.

Tubuh kita terdiri dari energi dengan tingkat getaran yang berbeza. Getaran terendah mewujudkan kerangka tubuh kita. Getaran yang lebih tinggi menjadi pelbagai otot, organ tubuh dan darah kita sehingga ke getaran yang tertinggi yang mewujudkan diri sebagai sistem energi kita (chi/Qi, prana, ki dan sebagainya). Banyak perkara yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan dalam suatu sistem energi. Gangguan emosi dan trauma, diet, gangguan metal, luka dan sebagainya adalah boleh menjadi penyebab sesuatu penyakit tersebut. Apabila sistem energi tidak seimbang, maka wujud perubahan secara fizik ataupun mental. Perubahan-perubahan ini kelak akan bermanisfestasi sebagai penyakit yang kita kenal.

 

Umumnya, setiap penyakit berpunca daripada perbagai faktor yang saling berkait. Bagaimana kita diubati akan bergantung kepada penyakit apa yang dialami. Seorang Doktor juga akan menentukan "penyebabnya" supaya boleh memfokuskan ketempat yang paling sesuai dengan punca penyakit tersebut.

 

Apa yang istimewa perubatan menggunakan Reiki adalah kerana Reiki tidak secara spesifik menyembuhkan penyakit yang dialami tetapi ia akan mencari punca penyakit tersebut yang lebih utama. Ini kerana Reiki merupakan energi penyeimbang, Reiki "menyembuhkan" seluruh sistem tubuh.

 

13. Tidak memerlukan kajian/pengetahuan punca penyakit

Seorang pengamal Reki boleh menjadi seorang perawat dalam waktu yang singkat. Sekurang-kurang seseorang yang ingin mempelajari cara mengubati dan mengenalpasti punca sesuatu penyakit dan mahir dalam bidang tersebut memerlukan masa sekurang-kurangnya 4 tahun. Reiki akan menuju ketempat yang paling efektif untuk pesakit tersebut. Kita tidak perlu mengetahui ke mana tenaga Reiki perlu diarahkan dan tidak perlu mengetahui juga apakah penyakitnya. Apabila seorang pesakit ingin mendapatkan kepastian tentang penyakitnya, dianjurkan supaya pesakit tersebut berjumpa dengan doktor perubatan.

Seorang pengamal Reiki akan melakukan cara yang sama untuk mengubati semua jenis penyakit. Maka ianya tidak memerlukan untuk mengetahui dimana kita harus meletakkan tangan. Apabila Reiki dipraktikkan dengan cara yang teratur, Reiki akan meningkat intuisi mereka. Intuisi ini akan mempereratkan hubungan batin dengan pesakit ketika proses penyembuhan berlaku, ini bermakna pengamal Reiki tersebut akan lebih peka terhadap kedudukan serta jenis "penyakit" pesakit. Sememangnya sangat asyik untuk mendorong peningkatan intuisi melalui Reiki, tetapi Reiki tidak boleh dijadikan sebagai alat untuk mengdiagnosis penyakit orang lain. Ini kerana ianya sangat subjektif dan penuh bahaya apabila wujud kesalahan ketika melakukan diagnosis tersebut.

Apabila ketika proses perubatan, seorang pengamal Reiki dapat mengetahui tentang penyakit yang serius yang dialami oleh pesakit seeloknya menganjurkan kepada pesakit tersebut supaya melakukan "check-up" dengan doktor. Seorang pengamal yang menyatakan kepada pesakit tersebut terkena sesuatu jenis penyakit adalah dianggap sebagai tidak bertanggungjawab walaupun ianya betul! Ini bagi mengelakkan pesakit tersebut berasa terkejut dengan penyakit yang dialami olehnya.

 

14.  Reiki mengurangi stress

Ketika seorang pesakit yang menerima aliran energi Reiki dan pesakit tersebut dihubungkan dengan peralatan "biofeedback", instrument menandakan bahawa gelombang otak mereka menunjukkan gelombang alpha. Hal ini menunjukkan ianya mengurangi tingkat stress dalam tubuh pesakit. Ramai orang yang mengatakan bahawa mereka merasakan tubuh sangat relaks dan lebih tenteram.

Stress merupakan salah satu punca utama yang menyumbangkan terhadap perkembangan sesuatu penyakit. Ianya mempunyai kesan terhadap orang tersebut dalam jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang.

 

 

 

www.reiki-malaysia.com

 

 


Sponsors

Berita Terkini

MASTER KUNDALINI REIKI 2008

TERBARU!!!

(versi terbaru yang diupgradekan)

Hanya ada 3 level sahaja. Sila klik menu Kundalini Reiki 2008 untuk keterangan lanjut


PERHATIAN!

Para Master Kundalini Reiki adalah dinasihatkan agar tidak memberi attunement kepada pelajar baru secara sekaligus. Sila beri attunement mengikut jarak waktu yang ditetapkan seperti yang terdapat dalam buku manual Kundalini Reiki anda.




Sponsors

Wawancara

Seperti yang dilihat di :

 

Klik pada link dibawah untuk baca:

Jadi Sebutan Masa Kini - Reiki Rawatan Alternatif

Ada Rezeki Boleh Tengok Jin

Reiki Kundalini Bersih Aura Diri

Aura Reiki Sudah Muncul1

Aura Reiki Sudah Muncul 2

 

 

 


Sponsors

 

Web Statistic

free web counter

 


 

2006 Copyright Dimensi Alpha Resources