"Saya telah praktikkan untuk penyembuhan diri
sendiri. Kaki saya sangat sakit apabila disentuh, tumit kaki juga sakit apabila
memijak lantai, rasanya seperti memijak paku-paku besar. Alhamdulillah sakit
yang telah bertahun-tahun lamanya kini telah hilang (sembuh). Saya sangat
berterima kasih kepada Master Hisham." - Pn. Aminah
"Semasa attunement saya tidak merasa apa-apa.
Tetapi selepas 10 - 15 minit , tangan saya merasa panas dan semut-semut. Selepas
4-5hari, tangan saya sentiasa terasa panas dan semut-semut. Semoga memberi
manfaat kepada saya dan orang ramai. terima Kasih Master Hisham" - En.
Noordin Bin Osman
" Kini saya dapat merasa lebih sihat dan tenang dari sebelumnya.
Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan kepada Master Mohd Hisham " -
Cik. Niensie, Sarawak
"Alhamdulillah, badan segar dah sikit sekarang ni. Insyaallah
saya akan berusaha praktikkannya untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain" - En. Kassim Bin Hj. Shafie
"Saya telah mendapat attunement jarak jauh. Ketika itu saya
terasa denyutan-denyutan halus ditangan dan terasa sesuatu bergerak diseluruh
badan. Kini setelah menjalani beberapa latihan, saya telah mampu merawat
sakit-sakit dibahagian badan yang biasa saya alami. Terima kasih Master Hisham"
- En.Mohd Nasir Bin Shahar
" Alhamdulillah, dengan Reiki yang saya pelajari dari Master
Hisham, sakit mata (tahi mata) anak saya yang ada sejak lahir (sekarang anak
saya berusia 6 bulan) telah sembuh sepenuhnya. Dan sekarang baru isteri saya
percaya tentang Reiki" - En. Noor Azidin Bin Bakri
"Saya telah menguji dan mempraktikkan cara " Teknik
mengaktifkan dan Merasa Energi ditelapak Tangan" , saya amat gembira kerana
aliran Reiki berlaku diantara kedua telapak tangan saya. Terima kasih Master
Mohd Hisham yahya" - En.Abdul Karim Bin Ismail
"Salam Master Hisham,
Semalam dapat berita baik. Tengah takde modal nak run bisnes, tiba-tiba ada seorang Jutawan nak support bisnes saya... Nak berapa minta aja... Dia siap bagi jalan lagi nak run bisnes besar... hehehehe... Seronoknya hidup dengan Reiki" Daripada En. Husaini
Senarai Ahli Terbaru
INFO
Sebarang Pertanyaan,
Sila hubungi/sms ke
016-2779223
SOAL JAWAB
REIKI (FAQ)
Saya tidak
minat menjadi perawat, kenapa perlu saya belajar Reiki?
Reiki bukan semestinya digunakan untuk merawat orang lain. Yang paling
penting kita boleh menggunakannya untuk merawat diri dan ahli keluarga kita
sendiri. Sekurang-kurangnya dapat menjimatkan kos rawatan kesihatan kita
sekeluarga terutamanya untuk masalah-masalah kecil seperti demam, selsema,
pening kepala, sakit perut, batuk, luka, ketidakselesaan akibat dari haid
dan sebagainya. la juga boleh bertindak sebagai 'First Aid Kit' pada waktu
kecemasan. Sekiranya kita sering menyalurkan tenaga Reiki kepada tubuh
sendiri, sistem kekebalan tubuh akan meningkat seterusnya menyebabkan tubuh
jarang diserang penyakit.
Adakah bakat penyembuhan diperlukan untuk mempelajari Reiki?
Tidak perlu. Menurut perawat dan ahli penyembuhan tenaga dalam yang terkenal
Choa Kok Sui, "Semua orang boleh menjadi perawat sama ada mempunyai bakat
atau tidak kerana penyembuhan tenaga dalam hanya menggunakan tenaga
semulajadi yang dimiliki oleh semua manusia dan benda hidup."
Saya pernah belajar teknik rawatan lain sebelum ini. Adakah saya dapat
mempelajari Reiki?
Tentu boleh. Reiki terbuka kepada semua orang sama ada pernah mempelajari
teknik rawatan lain ataupun belum.
Apakah Reiki tidak bertentangan dengan agama saya?
Tidak. Reiki bukan sebahagian daripada agama tertentu dan tidak bertentangan
dengan agama apa pun. Dalam setiap rawatan, perawat Reiki dapat berdoa
menurut kepercayaan dan agama masing-masing meminta bantuan untuk merawat
pesakit.
Adakah
sebarang pantang atau syarat khusus untuk belajar Reiki?
Tiada sebarang pantang cuma jangan gunakan ia untuk tujuan negatif
Apakah persiapan yang perlu saya lakukan sebelum mempelajari Reiki?
Anda tidak perlu melakukan persiapan apa pun. Semua pengetahuan yang
diperlukan untuk Reiki akan diajar oleh master Reiki yang mengajar.
Apa yang
perlu saya persiapkan untuk mengikuti kursus Reiki?
Tidak ada apa-apa. Hanya bawa diri anda bagaikan satu gelas yang kosong,
baru senang untuk diisikan ilmu yang lain. Ilmu-Ilmu yang pernah dipelajari
sebelum ini diletak / simpan ketepi dahulu.
Berapa lama waktu yang diperlukan untuk mempelajari Reiki?
Dalam Reiki Tradisi Usui yang asli terdiri dari tiga tingkatan yaitu tingkat
I, tingkat II, dimana murid mendapatkan hak atas simbol dan tingkat III atau
tingkat master. Sekarang ada yang menambahkan menjadi empat tingkat, dengan
menambahkan tingkat III(a) atau tingkat master pribadi. Dalam tingkat III(a)
murid mendapatkan attunement master tapi tidak diberi hak untuk mengajar dan
tidak diberikan pengetahuan untuk memberikan attunement.
Banyak pendapat mengenai hal ini, ada yang menyebutkan waktu antara level
bergantung kepada persiapan (dana, mental) murid. Ada juga yang menyebutkan
dari level I ke level II, harus menunggu selama minima tiga bulan.
Ada juga yang mengajarkan Reiki Usui tingkat I dan II sekaligus atau pun
mengajarkan langsung sampai tingkat Master, mungkin kerana Master Usui juga
langsung mencapai tingkat master.
Dalam Reiki Tradisi Kundalini Reiki, terdiri daripada 9 tingkatan iaitu
Kundalini Reiki level 1,2,3, Kundalini Reiki Boosters Level 4,5,6,7,8 & 9.
Dari level 1 ke level 2 dijarakkan 2 hari. Dari level 2 ke level 3 jarak 10
hari. Kundalini Reiki booster dijarakkan 5 hari setiap level. Ada juga yang
memberi kesemua level sekaligus (seperti saya)
Menurut saya tidak ada yang salah diantara kesemuanya, yang menunggu lama
atau pun langsung mendapatkan tingkat master, mungkin itulah yang terbaik
bagi orang tersebut.
Saya tidak
merasakan apapun selama 'attunement' . Apakah 'attunement' pada diri saya
berjalan dengan baik?
Attunement yang dilakukan pasti berjalan dengan baik selagi attunement itu
diberikan oleh master Reiki yang berkelayakan. Anda mungkin tidak merasakan
sensasi apa pun kerana anda kurang peka. Walaupun anda kurang peka, anda
tetap mempunyai kemampuan untuk menyalurkan energi kepada diri sendiri dan
orang lain. Lakukanlah latihan untuk membuat anda peka sebagaimana yang
diajar oleh master Reiki anda.
Setelah berlatih selama seminggu, saya merasakan tangan saya menjadi panas.
Apakah hal tersebut biasa saja?
Pada umumnya, pengamal Reiki boleh merasakan hawa panas. Setelah berlatih
dengan rutin beberapa lama, anda akan merasakan hawa panas di sekeliling
telapak tangan (bukan betul-betul di kulit tangan). Tetapi, setelah berlatih
lebih lama lagi, hawa panas ini akan berkurangan. Anda janganlah cemas
kerana penurunan hawa panas ini kerana getaran / frekuensi tenaga Reiki anda
telah selaras denagn tubuh anda. Ibaratnya, jika anda sudah biasa minum kopi
panas, lama-kelamaan anda sudah tidak merasa begitu panas lagi.
Setelah menerima attunement dan berlatih beberapa hari, saya merasakan
gatal-gatal dan terkena cirit-birit. Mengapa demikian?
Ini adalah pembersihan oleh energi Reiki pada diri anda. Apabila
gatal-gatal, biasanya anda mempunyai masalah alergi. Cirit-birit sendiri
biasanya kerana adanya masalah pada pencernaan anda yang sedang dibersihkan.
Adakah energi Reiki boleh dirasai? Sensasi apakah yang biasa dirasakan
saat penyaluran energi?
Saat menyalurkan energi, ahli Reiki atau perawat dapat merasakan adanya arus
di tangannya. Ahli Reiki merasakan kedua telapak tangan menjadi hangat atau
penuh dengan getaran-getaran kecil. Kadang-kadang terasa ada suatu aliran
energi hangat, dingin, terasa ditusuk-tusuk dengan jarum lembut, kebas-kebas
atau kejutan elektrik ringan yang mengalir dari tangan perawat. Pesakit yang
peka dapat merasakan berbagai sensasi atau rasa. Sensasi yang selalu
dirasakan oleh pesakit adalah adanya hawa hangat yang keluar dari tangan
perawat dan menyebar di tubuh pesakit (hawa hangat dari tangan seseorang
yang tidak mempelajari Reiki biasanya tidak menyebar di dalam tubuh).
Pesakit yang peka dapat merasakan getaran-getaran halus yang keluar dari
tapak tangan perawat. Namun pesakit yang tidak peka tidak akan merasai
apa-apa pun. Namun jangan khuatir tenaga Reiki tetap mengalir walaupun tidak
dirasai.
Saya sudah beberapa bulan tidak menggunakan Reiki. Adakah saya masih
dapat menyalurkan energi Reiki?
Ya dapat. Kemampuan seseorang untuk menyalurkan energi Reiki tidak pernah
hilang kecuali digunakan untuk tujuan-tujuan negatif dengan sengaja.
Dapatkah seseorang menggunakan energi Reiki untuk tujuan n negatif?
Tidak. Energi Reiki tidak dapat dipergunakan untuk sesuatu yang negatif.
Seorang ahii Reiki yang ingin melakukan sesuatu yang negatif dengan Reiki
akan menggunakan energi dari tubuhnya sendiri yang sangat terbatas dan sudah
tentu menyebabkan perawat tersebut kehabisan energi. Tetapi energi Reiki
yang bersifat murni dan tinggi tidak dapat diaplikasikan untuk hal-hal
negatif.
Apa yang terjadi dengan ilmu-ilmu lain yang dimiliki oleh peserta setelah
menerima attunement Reiki?
Semua ilmu sama seperti ilmu tenaga dalam, pernafasan, penyaluran energi dan
ilmu minda akan menjadi semakin mantap dan berkembang kerana saluran energi
yang digunakan adalah sama dengan attunement Reiki, saluran energinya
menjadi lebih bersih. Begitu juga dengan ilmu hikmah dan spiritual anda.
Tetapi ilmu-ilmu yang bersifat negatif biasanya akan keluar.
Saya
mempunyai seorang anak perempuan yang baru berumur 8 tahun. Adakah anak
tersebut boleh mempelajari Reiki?
Reiki tidak dibatasi oleh umur. Sudah tentu Reiki boleh dipelajari oleh
seorang anak di bawah umur. Yang penting adalah menerangkan kepada anak
tersebut manfaat Reiki dan untuk tidak membanggakan diri setelah mempelajari
Reiki. Jika anak tersebut tidak tertarik, janganlah mendesaknya untuk
mempelajari Reiki. Walaupun Reiki cukup mudah untuk dipelajari, Reiki adalah
sesuatu yang amat berharga. Walaubagaimanapun, dalam tradisi Kundalini
Reiki, kanak-kanak dibawah umur 8 tahun tidak digalakkan diberi attunement
kerana khuwatir tidak dapat menerima perubahan mengejut.
Apakah saya boleh menyalurkan energi Reiki kepada seorang bayi yang baru
lahir?
Boleh. Energi Reiki sangat lembut dan automatik. Energi Reiki tidak
berbahaya bag! organ-organ tubuh yang lembut dan sangat sensitif seperti
mata dan jantung.
Adakah Reiki selamat untuk digunakan untuk seorang wanita yang sedang
hamil?
Ya. Malahan telah dilakukan penyelidikan oleh ahli perubatan di luar negeri
bahawa dengan menyalurkan Reiki kepada ibu-ibu yang sedang hamil, ibu-ibu
yang disalurkan Reiki itu lebih mudah melahirkan dan bayi-bayi mereka
cenderung lebih cerdas.
Saya kenal seseorang yang mempunyai masalah kesihatan yang saya yakin
dapat disembuhkan dengan Reiki. Tetapi, orang tersebut tidak percaya sama
sekali dengan Reiki dan tidak mahu dirawatkan. Apakah saya boleh merawat
orang tersebut tanpa pengetahuannya?
Memang, prinsip asas dari Reiki menggalakkan seorang ahli Reiki merawat
pesakit dengan izinnya. Tetapi, saya sendiri berpendapat bahawa apabila niat
tersebut adalah baik, tidak ada salahnya anda mengirim energi kepada orang
tersebut. Kita sebagai perawat hanyalah perantara dari penyaluran energi.
Semasa melakukan perawatan anggaplah kita mendoakan kesembuhan bagi orang
tersebut. Penyembuhan itu sendiri berasal dari Tuhan dan kita hanyalah
seseorang yang memintakan kesembuhan bagi salah seorang saudara kita.
Jadi pesakit tidak semestinya percaya dan yakin kepada Reiki untuk
memperolehi manfaatnya?
Tidak perlu percaya. Reiki membantu pesakit sama ada dia percaya kepadanya
ataupun tidak. Reik; membantu bayi, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan juga> orang
yang tidak sedar. Di sini jelas persoalan percaya atau yakin tidak timbul.
Dengan perkataan lain, terapi Reiki bukanlah rawatan berasaskan kepercayaan
(Faith-Healing), saranan diri (auto-suggestion) atau Terapi Placebo. Cuma
ada satu perkara yang harus difahami, walaupun seseorang itu tidak percaya
kepada Reiki, dia harus berfikiran terbuka atau bersedia untuk menerima apa
jua keputusan rawatan ini sama ada positif atau negatif.
Saya sering merawat orang dan memperolehi hasil yang baik. Tetapi, kenapa
untuk masalah mudah seperti selsema terkadang Reiki kurang berkesan?
Reiki adalah energi yang cerdas. Apabila seseorang pesakit memang sudah
cukup istirehat tetapi masih terkena selsema maka diharapkan pesakit
tersebut dapat sembuh setelah disalurkan energi Reiki. Tetapi, apabila orang
tersebut terkena selsema kerana kurang rehat, biasanya pesakit tersebut
harus istirehat. Penyaluran Reiki saja tidak akan menyembuhkan pesakit anda.
Hal ini sebenarnya baik kerana jika pesakit yang sakit kerana kurang
istirehat jadi sembuh bila disaluri Reiki, maka pesakit tersebut akan
cenderung untuk tidak mempedulikan istirehatnya. Apabila sakit kali kedua,
ketiga dan seterusnya, ia terus menerus disaluri Reiki dan ia sembuh lagi
hingga akhirnya batas daya tahan tubuhnya sudah habis maka ia akan mendapat
masalah yang lebih parah lagi.
Mengapa pesakit yang diberi ubat bius dan disaluri Reiki biasanya
cenderung sedar lebih cepat?
Bagi Reiki, ubat bius dianggap sesuatu yang tidak seharusnya berada di dalam
tubuh sehingga energi Reiki mendorongnya keluar dari tubuh. Oleh sebab itu,
apabila seorang pesakit dibedah dan memang seharusnya dibius untuk waktu
yang cukup panjang, sebaiknya anda menyalurkan Reiki setelah pesakit
tersebut tersedar.
Mengapa penyembuhan Reiki tidak menyebabkan 'over-dose'?
Kerana energi Reiki adalah energi yang cerdas, ia akan berhenti mengalir
dengan sendirinya apabila bahagian tubuh yang disalurkan energi sudah
memperolehi energi yang mencukupi.
Adakah Reiki dapat menyembuhkan masalah kesihatan yang disebabkan oleh
kuman atau bakteria?
Tentu saja dapat. Reiki bermanfaat untuk bermacam-macam masalah. Namun
begitu masalah kesihatan yang disebabkan kuman atau bacteria mengambil masa
yang agak lama untuk sembuh kerana prinsip dasar reiki ialah tidak boleh
membunuh hidupan (kuman & bacteria ialah sejenis hidupan hidup). Tetapi
reiki membantu menggalakkan sistem imun badan melawan kuman & bacteria
tersebut.
Apakah ada manfaatnya untuk menyalurkan Reiki ke dalam ubat-ubatan yang
akan diminum oleh pesakit?
Ya. Dari berbagai pengamatan, didapati bahawa ubat-ubatan, pil, vitamin,
losyen dan balsam yang telah disalurkan energi Reiki bertambah khasiatnya
seterusnya memberikan hasil yang lebih baik.
Adakah rawatan Reiki mengandungi kesan sampingan?
Kebanyakan orang akan merasa rileks dan tenang selepas rawatan Reiki.
Walaubagaimanapun, kadang-kadang seseorang akan mengalami 'krisis
penyembuhan'. Getaran energi akan meningkat, toksin yang tersimpan di dalam
badan akan dibebaskan ke dalam aliran darah, ditapis oleh hati dan buah
pinggang kemudian dibuang daripada badan. Jika krisis penyembuhan ini
berlaku, kadang-JcadarigL seseorang itu akan mendapat sakit kepala. sakit
perut atau tubuh merasa lesu. Apabila keadaan ini berlaku, anda dinasihatkan
banyak minum air, jangan makan makanan berat berlebihan dan dapatkan rehat
secukupnya. Ini semua adalah petanda yang baik kerana tubuh anda sedang
dibersihkan,
pembersihan ini adalah sebahagian daripada proses penyembuhan.
Saya adalah pengamal Reiki. Setiap kali menyalurkan energi, saya merasa
sangat tenang dan nyaman yang terkadang rasanya lebih enak berbanding semasa
saya melakukan meditasi. Saya ada mendengar pendapat bahawa perasaan ini
adalah disebabkan oleh berkurangannya oksigen dalam otak. Adakah hal ini
benar?
Kami sering menyatakan bahawa kadang-kadang Reiki dapat membawa seseorang ke
dalam tahap theta iaitu tahap ketenangan yang dalam. Padahal ramai orang
sudah lama melakukan meditasi sukar untuk mencapai tahap alpha iaitu tahap
yang lebih rendah daripada tahap theta. Hal ini bukan sama sekali disebabkan
oleh kurangnya oksigen dalam otak!
Penerangannya adalah mudah. Semasa seseorang menyalurkan energi dengan
betul, energi Reiki yang memiliki getaran tinggi masuk melalui Cakra Mahkota
yang terletak di kepala terus mengaktifkan kalenjar pineal sehingga
menimbulkan berbagai sensasi atau 'rasa' termasuk ketenangan yang mendalam.
Adakah penyembuhan diri sendiri boleh dilakukan sambil berbaring?
Ya. Selagi anda relaks dan tulang belakang anda cukup lurus (tidak
semestinya dalam keadaan berdiri) maka anda dapat melakukan penyembuhan diri
sendiri atau self-healing.
Adakah terdapat bukti saintifik mengenai kewujudan dan keberkesanan
tenaga Reiki?
Ya, terdapat bukti bahawa Reiki benar-benar wujud dan bekerja. la telah
dibuktikan sejak beberapa tahun dahulu secara ilmiah. Kajian secara
saintifik ini dilakukan dengan menggunakan Fotografi Kirlian yang telah
diakui secara ilmiah. Alat utama dari fotografi Kirlian adalah plat khas
yang dialiri arus elektrik bervoltan sangat tinggi dari koil Tesla yang
ditempel pada bahagian tubuh atau benda yang akan diambil fotonya (sehingga
saat ini Foto Kirlian belum dapat mengambil gambar untuk seluruh tubuh).
Dengan cara ini foto energi Reiki dapat diambil dan kita dapat melihat
dengan jelas energi tersebut.
Di samping itu banyak buku, tesis, jurnal dan kertas kerja yang menerangkan
bukti-bukti menerusi kajian saintifik mengenai Reiki dan sistem rawatan
secara meletakkan tangan yang lain. Misalnya buku menerangkan lebih daripada
200 kajian saintifik berkenaan penyembuhan secara spiritual, di mana buku
itu ditulis oleh Daniel Benor M.D bertajuk "Spiritual Healing, Does It Work,
Research Says Yes" diterbitkan oleh Vision Publications menunjukkan
keputusan yang positif. Penyembuhan dengan meletakkan tangan juga disahkan
menerusi kajian yang dilakukan di St. Vincent's Medical Center di New York
oleh Janet Quinn, Penolong Pengarah bahagian kejururawatan di University of
South Carolina. Begitu juga kertas kerja yang ditulis oleh Wendy Wetzel,
"Reiki Healing.: A Physiologic Perspective."
Kalau begitu, terdapatkah mana-mana hospital yang mengiktiraf dan
menggunakan sistem Reiki di hospital mereka?
Di Negara Malaysia belum ada, tetapi sudah terdapat banyak hospital dan
klinik di negara Barat khususnya Amerika Syarikat yang mengiktiraf Reiki dan
menggunakan rawatan Reiki di hospital mereka. Antara hospital yang
menggunakan Reiki ialah Portsmouth Regional Hospital, The California Pacific
Medical Center, University of Michigan Medical School, The Tucson Medical
Center, Grass Lake Medical Center, Foote Hospital di Jackson dan Michigan,
New England Hospital dan kebanyakan cawangannya, Columbia Presbyterian
Center di New York dan banyak lagi.
Berapa
ramaikah pengamal Reiki di seluruh dunia sehingga sekarang?
Kami tiada data yang tepat mengenainya, namun adalah dianggarkan terdapat
sekitar 3 juta orang menjadi pengamal Reiki di seluruh dunia.
Apakah penyakit yang dapat disembuhkan oleh Reiki?
Melalui pengalaman ahli Reiki di seluruh dunia, Reiki didapati membantu
merawat atau sekurang-kurangnya menolong meringankan pelbagai jenis penyakit
termasuk yang tidak dapat ditolong lagi oleh sistem perubatan lain kerana ia
merawat penyakit secara keseluruhan sama ada pada peringkat fizikal,
emosional, mental dan spiritual.
Reiki
mempunyai kesan positif terhaddp pelbagai bentuk penyakit dan situasi
negatif. Ini termasuk perkara-perkara kecil seperti sakit kepala, sakit
perut, sengatan lebah, selsema, ketegangan dan kebimbangan dan begitu juga
dengan penyakit-penyakit yang serius seperti penyakit jantung, buah pinggang,
ketumbuhan dan sebagainya.
Kesan sampingan rawatan sistem perubatan moden juga dikurangkan atau
dihapuskan. Ini termasuk kesan negatif daripada chemotheraphy, kesakitan
selepas pembedahan dan kemurungan. la juga mempercepatkan kesembuhan dan
mengurangkan masa yang diperlukan untuk tinggal di hospital. Melalui
beberapa ujian klinikal yang dilakukan sebelum dan selepas rawatan dengan
Reiki, ia didapati membantu menyempurnakan penyembuhan seseorang.
Walaupun kadang-kadang seseorang mengalami kesembuhan yang dianggap luar
biasa tetapi kejayaannya tidak boleh dijamin. Anda perlu ingat bahawa Reiki
bukan bermaksud untuk menggantikan sistem perubatan moden. la adalah
pelengkap kepada sistem perubatan yang sedia ada.
Kalau
begitu, saya tidak boleh beri jaminan kejayaan rawatan ini kepada pesakit
saya?
Tidak boleh sama sekali. Doktor pakar di hospital swasta yang mengenakan
bayaran yang tinggi kepada pesakitnya pun tidak memberi jaminan kejayaan
rawatan mereka. Jadi kenapa perawat Reiki mahu melakukannya? Perawat Reiki
cuma penyalur tenaga Reiki bukan penyembuh sebenarnya.
Saya merasa ragu-ragu dan kurang yakin bahawa Reiki dapat digunakan untuk
merawat orang dari jarak jauh?
Anda cuba ingatkan peristiwa apabila seorang ibu di kampung mendoakan
kesembuhan anaknya di kota yang sedang sakit. Itu adalah satu contoh mudah
mengenai rawatan dari jarak jauh. Energi dari doa menuju kepada pesakit
secara jarak jauh. Dari satu sudut, cara kerja Reiki hampir sama dengan doa.
Reiki berfungsi pada dimensi atau alam 'tenaga' yang tidak mengenai batasan
jarak dan masa. Oleh itu rawatan secara jarak jauh mampu dilakukan melalui
Reiki.
Adakah
bukti-bukti sains menunjukkan bahawa rawatan boleh dilakukan dari jarak jauh?
Sebenarnya sudah banyak eksperimen yang dilakukan oleh ahli sains dan
psikologi yang membuktikan rawatan dari jarak jauh (distant healing) dapat
dilakukan. Mereka telah menulis di dalam pelbagai kertas kerja, jurnal,
tesis, buku dan sebagainya mengenai perkara ini, antaranya:
An
Investigation of the Effect of Therapeutic Touch Without Physical Contact on
State Anxiety of Hospitalized Cardiovascular Patients. Tesis Ph.D oleh
Quinn. J
Study of Remote Mental Healing. Kertas penyelidikan International
Parascience Institute: Toronto and London Conference 1981.
Study of the Effectiveness of Remote Mental Healing. Kertas penyelidikan
oleh Miller, R. N dalam Imagery and Healing. Tesis M.A oleh Achterberg,
Distant Mental Influence. Buku oleh William Braud, Ph.D. Diterbitkan oleh
Hampton Roads Publishing Company, Inc. Edisi pertama: 2003
Adakah
Reiki boleh digunakan kepada haiwan dan tumbuhan?
Reiki boleh digunakan untuk merawat haiwan, pokok dan tumbuhan. Penyaluran
energi Reiki untuk haiwan dan tumbuhan tidak ada bezanya dengan penyaluran
energi kepada manusia. Haiwan menyukai sentuhan perawatan ini. Penyaluran
energi dapat membantu menyegarkan pohon dan memperbaiki keadaan pohon
menjadi lebih baik. Ada penulis Reiki menyatakan, biji benih yang disalurkan
Reiki berbuah lebih awal dari yang lain manakala tumbuhan atau pokok yang
sering menerima energi Reiki tumbuh lebih tinggi, kukuh dan menghasilkan
lebih daun, bunga dan buahnya.
Apakah kelebihan Reiki berbanding dengan teknik penyembuhan tenaga dalam
yang lain?
Kelebihan yang paling utama ialah sifatnya mudah. Mudah dipelajari dan
dipraktikkan. Dengan kursus^ sehari (beberapa jam sahaja) sudah boleh
digunakan untuk merawat diri sendiri dan orang lain (walaupun belum begitu
mantap), sedangkan teknik lain memerlukan jangka waktu belajar yang panjang.
Kedua, energinya memiliki getaran yang lebih tinggi dan berkualiti, oleh itu
rawatannya lebih berkesan dan cepat merawat penyakit. Ketiga, ianya selamat,
tiada peraturan yang banyak dan berbelit-belit sehingga sukar difahami dan
membahayakan pesakit jika tersalah menggunakannya. Keempat, energi Reiki
tidak kehabisan menyebabkan perawat tidak merasa lesu walaupun selepas
merawat ramai pesakit kerana energinya diperolehi terus-menerus dari alam
sekeliling sedangkan sistem rawatan lain menggunakan energi yang ada dalam
diri sendiri sahaja di mana jumlahnya adalah terhad. Kelima, energinya
bersifat cerdas, ia tahu ke mana dan apa yang harus dilakukan. la merawat
sehingga ke akar umbi penyakit bukan sekadar simpton-simptonnya sahaja.
Keenam, boleh merawat orang lain walaupun perawat sendiri sedang sakit.
Sisterr lain tidak menggalakkan perawat merawat orang>-semasa sakit kerana
dikhuatiri energi negatif perawat menular kepada pesakit atau sebaliknya.
Saya diberitahu bahawa energi Reiki untuk bermacam-macam kegunaan selain
dari perubatan. Apakah kegunaan Reiki yang lain?
Tidak ramai yang tahu bahawa Reiki boleh digunakan untuk berbagai tujuan
selain dari perubatan. Antara manfaat Reiki adalah membantu mengatasi
masalah hidup, mengurangi stress, meningkatkan prestasi
belajar dan kerja, meningkatkan kerohanian dan semangat hidup, perlindungan
ahli keluarga dan harta benda, memperbaiki hubungan dengan orang lain,
penyuburan tanaman, menghilangkan sikap negatif, trauma dan ketakutan, gerak
hati yang tajam dan menolong merealisasikan keinginan.